PILIHANKU

TAJAAN

15 Januari 2011

JOM MASUK 'U'...?

148,500 TEMPAT BAGI LEPASAN SPM
Kementerian Pengajian Tinggi menawarkan sebanyak 148,500 tempat kepada pelajar lepasan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) atau setaraf dengannya untuk melanjutkan pelajaran ke institusi pengajian tinggi awam (IPTA) pada tahun ini.
Menterinya, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin berkata, ini adalah sebahagian daripada 469,500 tempat yang ditawarkan kepada mereka untuk melanjutkan pelajaran termasuk di pelbagai institusi lain.
Katanya, selain IPTA, mereka juga boleh memilih untuk meneruskan pelajaran di institusi pengajian tinggi swasta (IPTS), pendidikan lanjutan ke Tingkatan Enam, Program Ijazah Sarjana Muda Pendidikan Kementerian Pelajaran Malaysia dan Program Persediaan ke Luar Negara secara tajaan.
Sumber: Kosmo! Online, 15/1/2011

Tiada ulasan:

Catat Ulasan