PILIHANKU

TAJAAN

23 Januari 2011

KERANA KRISIS EKONOMI...?

Britain lupuskan pesawat RM2.17b


PESAWAT Nimrod MRA 4 akan dilupuskan mulai minggu depan.


LONDON - Badan sembilan pesawat perang tentera antikapal selam akan dipotong dan dileraikan di kilang Syarikat BAE Systems di Woodford pada minggu depan, lapor beberapa buah akhbar semalam.
Pesawat Nimrod MRA 4 itu yang setiap sebuahnya bernilai £445 juta (RM2.17 bilion) akan menjalani proses peleraian itu kerana tidak lagi akan digunakan bagi menjimatkan perbelanjaan pertahanan akibat krisis ekonomi.
Kerajaan Britain menyatakan keputusan untuk melupuskan pesawat itu akan menyelamatkan £2 bilion (RM9.79 bilion) dalam bentuk kos operasi.
Keputusan kerajaan Britain pimpinan Perdana Menteri, David Cameron untuk memusnahkan pesawat itu yang dibuat pada Oktober tahun lalu itu mencetuskan kritikan daripada parti pembangkang.
Namun, Kementerian Pertahanan Britain menyatakan keputusan untuk melupuskan pesawat itu tidak akan ditarik balik.
Sumber: Kosmo! Online, 23/1/2011

Tiada ulasan:

Catat Ulasan