PILIHANKU

TAJAAN

26 Januari 2011

KRISIS SELATAN THAI BERTERUSAN...?

9 maut letupan bom di Yala

26/01/2011 2:24am

YALA 26 Jan. - Sembilan orang maut manakala dua orang lagi cedera dalam satu kejadian letupan bom berlaku di kawasan bergolak selatan Thailand, semalam.
Bahan letupan tersebut disembunyikan di dalam sebuah lori pick-up dan kemudiannya dilaporkan meletup sekitar pukul 5.30 petang waktu tempatan (6.30 waktu Malaysia) di sebuah perkampungan di wilayah Yala, kata polis kepada AFP. Namun maklumat terperinci masih tidak jelas.
Pemberontakan telah berlaku di wilayah selatan Thailand yang bersempadan dengan Malaysia sejak 2004 dan seramai 4,400 dilaporkan terbunuh termasuk penganut Islam dan Buddha.
Dalam kejadian Jumaat lalu, tiga orang Islam termasuk pasangan pengantin ditembak mati oleh seorang lelaki bersenjata tidak dikenali di kawasan yang sama. - AFP

Sumber: Utusan Malaysia Online, 26/1/2011

Tiada ulasan:

Catat Ulasan