KUALA LUMPUR 16 Jan. – Polis Belanda menolak kemungkinan wujud unsur jenayah dalam kematian pramugari Malaysia Airlines, Chin Swee Len (gambar) yang mayatnya ditemui di tempat letak kereta di Hotel Radisson Amsterdam, Belanda pagi kelmarin.
Jurucakap Wisma Putra berkata, polis negara itu hari ini memaklumkan pihak kementerian bahawa buat masa ini belum ada maklumat lanjut berhubung kematian wanita berusia 34 tahun itu.
Swee Len disedari hilang setelah dia gagal melaporkan diri pada sesi taklimat pra-penerbangan sebelum dia dijadualkan berlepas pulang dari Amsterdam-Kuala Lumpur menaiki pesawat MH17 pada hari yang sama.
Sumber: Utusan Malaysia Online, 17/1/2011
Tiada ulasan:
Catat Ulasan