GEORGE TOWN - Polis negeri Pulau Pinang telah menahan seorang remaja lelaki bagi membantu siasatan kes melibatkan sekumpulan kanak-kanak di rumah kebajikan St. Joseph di sini yang didakwa diliwat, dicabul dan dirogol oleh pekerja sukarela beberapa tahun lalu.
Penahanan remaja berusia 15 tahun itu dilakukan di sebuah rumah kebajikan yang beroperasi di Sungai Petani, Kedah kira-kira pukul 1 pagi semalam.
Remaja tersebut kini ditahan reman sehingga 18 Januari ini.
Ketua Polis Daerah Timur Laut, Asisten Komisioner Gan Kong Meng ketika dihubungi Kosmo! Ahad semalam mengesahkan tangkapan tersebut tetapi enggan mengulas lanjut.
Ini tangkapan pertama polis sejak seorang usahawan wanita berusia 41 tahun yang hanya dikenali dengan Lim membuat laporan berhubung kes itu di Ibu Pejabat Polis Daerah Timur Laut di sini pada 12 Januari lalu.
Sumber: Kosmo! Online, 16/1/2011
Tiada ulasan:
Catat Ulasan