PILIHANKU

TAJAAN

21 Januari 2011

BEKAS ADO CALON DUN TENANG....?

Mohd. Azahar sesuai wakili BN di Tenang - PM

20/01/2011 4:56pm
SUNGAI PETANI 20 Jan. - Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak berkata, Mohd. Azahar Ibrahim, 39, merupakan calon yang amat sesuai untuk mewakili Barisan Nasional (BN) bagi pilihan raya kecil kerusi Dewan Undangan Negeri Johor kawasan Tenang pada 30 Januari ini.
Katanya, Mohd Azahar mempunyai beberapa kelebihan seperti kelulusan yang baik dan mempunyai pengalaman sebagai penolong pegawai daerah, yang membolehkannya memahami segala keperluan dari segi pentadbiran.
” Beliau ada hubungan baik dengan pegawai-pegawai lain, terutama dalam kalangan perkhidmatan awam Johor (JCS). Insya-Allah apabila beliau jadi wakil rakyat mudah berurusan bagi pihak pengundi dengan kerajaan sebab beliau kenal secara peribadi dengan pentadbir JCS yang lain,” katanya kepada pemberita selepas mengadakan pertemuan dengan Badan Perhubungan BN dan UMNO negeri Kedah, di sini hari ini.

Sumber: Utusan Malaysia Online, 21/1/2011

Tiada ulasan:

Catat Ulasan