PILIHANKU

TAJAAN

17 Januari 2011

BERLUSCONI SIMPAN 14 WANITA GLAMOUR...?




silvio berlusconi

Karima Keyek dikaitkan dengan Berlusconi

                                                  Berlusconi dan isterinya Veronica Lario
LONDON 16 Jan. - Perdana Menteri Itali, Silvio Berlusconi yang sedang disiasat berhubung skandal seks dengan remaja dari Maghribi, menyimpan sekurang- kurangnya 14 orang wanita muda glamour lain di beberapa buah pangsapuri berpagar di luar Milan.
Independent melaporkan, wanita-wanita jelita itu bukan sahaja tinggal di kediaman itu tanpa perlu membayar sewa tetapi pemimpin itu turut memberi wang tunai yang banyak kepada mereka sebagai ganjaran menyediakan perkhidmatan seks.
Mereka ditempatkan di Milano Due yang merupakan sebuah kompleks kediaman berpagar pertama di Itali, yang dibina oleh Berlusconi ketika dia menjadi pemaju hartanah muda pada 1970-an yang turut dilengkapi taman yang indah.
Kompleks itu turut dilengkapi tempat letak kereta bawah tanah, pasar raya, bar dan kemudahan-kemudahan lain. Ia lambang kemewahan paling menonjol di Milan ketika itu.

Sumber: Utusan Malaysia Online, 17/1/2011

Tiada ulasan:

Catat Ulasan