PILIHANKU

TAJAAN

20 Mac 2011

4 TSUNAMI TERDAHSYAT...?


TSUNAMI ACHEH
  • Berlaku pada 26 Disember 2004.
  • Berpunca daripada gempa bumi dengan kekuatan 9.2 skala Richter.
  • Ombak tsunami ini melanda Acheh, India, Sri Lanka, Thailand, Maldives, Timur Afrika dan Malaysia.
  • 226,000 nyawa terkorban, 166,000 mangsa dari Indonesia.
TSUNAMI ZAMAN YUNANI
  • Berlaku pada 1500 sebelum masihi.
  • Berpunca daripada letupan gunung berapi di Pulau Santorini.
  • Ombak tsunami mencapai ketinggian 15 meter.
  • Melenyapkan tamadun Minoa.
  • 100,000 nyawa terkorban.
TSUNAMI LAUTAN ATLANTIK
  • Berlaku pada tahun 1755.
  • Berpunca daripada gempa bumi di lautan Atlantik.
  • Memusnahkan bandar Lisbon, Portugal. Beberapa bahagian di Sepanyol dan Maghribi.
  • Lebih 60,000 nyawa terkorban.
TSUNAMI KRAKATAU
  • Berlaku pada 1883.
  • Berpunca daripada letupan gunung berapi Krakatau.
  • Ombak tsunami mencecah ketinggian 40 meter.
  • Memusnahkan 165 buah kampung di Pulau Jawa dan Sumatera.
  • Lebih 36,000 nyawa terkorban.
Sumber: Utusan Malaysia Online, 20/3/2011

Tiada ulasan:

Catat Ulasan