17 terbunuh ketika demonstrasi di Syria
26/03/2011 2:30am
DAMASCUS 26 Mac – Seramai 17 orang terbunuh apabila demonstrasi yang diadakan di Daraa dicemari kejadian tembakan, kata seorang aktivis hak kemanusiaan.
“Kesemua mereka terbunuh kerana ditembak ketika sedang berarak dari kampung Sanamen ke Daraa,” ujarnya.
Ujarnya, pasukan keselamatan turut menembak ke arah pembantah yang berkumpul di Daraa, hari ini. – AFP
Tiada ulasan:
Catat Ulasan