PENJUALAN botol susu yang diperbuat daripada polikarbonat (kanan) akan diharamkan oleh kerajaan mulai 1 Mac tahun depan
PUTRAJAYA - Kerajaan memutuskan untuk mengharamkan penjualan botol susu bayi polikarbonat yang mengandungi 'Bisphenol A' (BPA), berkuat kuasa 1 Mac 2012, kata Menteri Kesihatan, Datuk Seri Liow Tiong Lai .
Beliau berkata, perkara itu diputuskan oleh Jemaah Menteri pada 2 Mac lepas sebagai langkah berjaga-jaga kerana sehingga kini tiada bukti saintifik yang kukuh menunjukkan botol susu tersebut selamat untuk digunakan oleh golongan berisiko tinggi terutama bayi dan kanak-kanak.
Sumber: Kosmo! Online, 15/3/2011
Tiada ulasan:
Catat Ulasan