PILIHANKU

TAJAAN

21 Mac 2011

ANUGERAH 'DATUK' PALSU...?

KOTA BHARU 20 Mac – Sultan Kelantan, Sultan Muhammed V sangat memandang berat dan melahirkan rasa dukacita dengan tindakan pihak tertentu di negeri ini yang mengurniakan darjah kebesaran kepada individu dengan sewenang-wenangnya.
Menyatakan demikian, Penasihat Undang-Undang Istana Kelantan, Datuk Sukri Mohamed berkata, baginda melahirkan perkara itu kerana terdapat sebuah pertubuhan bukan kerajaan (NGO) yang “mengurniakan” darjah kebesaran dan anugerah “Datuk" kononnya daripada Kesultanan Kelantan dengan bayaran RM150,000 sedangkan anugerah itu adalah palsu.
Sukri berkata, pertubuhan itu yang dibatalkan pendaftarannya oleh Pendaftar Pertubuhan pada 10 Januari lepas memberikan “darjah kebesaran Kelantan” kepada 120 orang dari dalam dan luar Kelantan mulai tahun lepas.
"Untuk mendapatkan gelaran “Datuk” ada penerima sanggup membayar sehingga RM150,000.

Sumber: Utusan Malaysia Online, 21/3/2011

Tiada ulasan:

Catat Ulasan