PILIHANKU

TAJAAN

22 Mac 2011

ANAK LELAKI GADDAFI TERBUNUH...?

Anak lelaki Gaddafi dilaporkan terbunuh

TRIPOLI 21 Mac – Seorang anak lelaki Muammar Gaddafi, Khamis meninggal dunia di sebuah hospital di Tripoli, lapor laman web pembangkang dan media Arab hari ini.
Khamis Gaddafi dilaporkan cedera kelmarin apabila seorang juruterbang tentera udara Libya dengan sengaja menyebabkan jetnya terhempas ke pekarangan Bab al-Aziziyah, di mana Gaddafi dan sesetengah ahli keluarganya tinggal.
Beliau yang mengetuai sebuah briged tentera Libya cedera akibat kebakaran dalam serangan itu, lapor laman web Arabian News.
Sementara itu, sebuah peluru berpandu yang dilancarkan oleh tentera Barat semalam memusnahkan sebuah bangunan pentadbiran di pekarangan tersebut, kata wartawan AFP

Sumber: Utusan Malaysia Online, 22/3/2011

Tiada ulasan:

Catat Ulasan