PILIHANKU

TAJAAN

19 Mac 2011

KLATE ATAU FELDA UNITED...?

PERTEMBUNGAN antara Kelantan dengan Felda United pada aksi suku akhir kedua Piala FA di Stadium Sultan Muhammed IV, Kota Bharu malam ini bakal menjanjikan aksi sengit dan dramatik.
Hal ini kerana, kedua-dua buah pasukan mempunyai misi yang penting untuk dilaksanakan iaitu memburu kemenangan mutlak bagi memastikan satu slot ke separuh akhir Piala FA menjadi milik mereka.
Aksi malam ini tampak berpihak kepada Felda United apabila mereka memperoleh bekalan dua gol selepas berjaya mengikat Kelantan seri 2-2 pada aksi suku akhir pertama di stadium yang sama Selasa lalu.
Kelantan yang turun selaku 'pasukan pelawat' pastinya mahu menggunakan kesempatan beraksi di kandang sendiri sebaik mungkin untuk memastikan mereka layak ke pusingan seterusnya.
Sumber: Kosmo! Online, 19/3/2011

2 ulasan:

  1. gomo kelate gomo..kemah molek cikgu skoloh kawe dulu nih...ado live ko dok male ni cikgu?

    BalasPadam