PILIHANKU

TAJAAN

20 Mac 2011

8 MAUT DALAM KEMALANGAN DI JOHOR...?


KEMALANGAN maut meragut nyawa sepasang suami isteri dan anggota tentera di KM 9 Jalan Kluang-Teck Wah Heng di Kluang, semalam.

BATU PAHAT 19 Mac - Seramai lapan orang termasuk sepasang suami isteri maut dalam empat kemalangan berasingan di daerah ini dan Kluang hari ini.

  • Di Kluang, kereta Proton Saga dinaiki sepasang suami isteri bertembung dengan Proton Persona dipandu seorang anggota tentera pada pukul 7.45 pagi di Kilometer 9, Jalan Kluang-Teck Wah Heng. Pasangan yang menaiki kereta Persona meninggal di hospital.
  • Sri Medan, dua maut dalam kemalangan kira-kira 10 pagi membabitkan sebuah treler, dua lori dan sebuah kereta di Kilometer 14.5 Jalan Muar-Yong Peng. Dua yang meninggal dunia ialah pemandu lori, Mohammad Syukri Musa, 39, dari Taman Tasik Jaya, Seremban dan pemandu kereta Toyota, Selamat Maskor, 44, dari Kampung Sri Maamor, Tangkak.
  • Dua pemuda maut dalam kemalangan pukul 1.15 pagi di Kilometer 5, Jalan Bukit Pasir berdekatan Parit Bilal di sini apabila motosikal dinaiki mereka terbabas ke bawah lori.Adnan berkata, dua pemuda itu ialah Muhammad Herman Jehia, 23, dari Kampung Parit Haji Dahlia, Yong Peng dan Mohd. Iezwan Anuar, 18, dari Kampung Sri Wangi.


Sumber: Utusan Malaysia Online, 20/3/2011

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Catat Ulasan