PILIHANKU

TAJAAN

17 Mac 2011

MANGSA KORBAN TSUNAMI MENCECAH 13,000 ORANG...?

TOKYO 17 Mac - Bilangan rasmi mereka yang terkorban dan hilang selepas gempa bumi dan tsunami yang menghancurkan kawsan pantai timur laut Jepun menghampiri 13,000 orang dan diramalkan meningkat lagi.
Jumlah mereka yang disahkan terkorban sejak bencana Jumaat lalu seramai 4,314 orang manakala bilangan mereka yang hilang setakat ini ialah 8,606 orang.
Sejumlah 2,282 orang dilaporkan cedera akibat bencana tersebut.
Datuk bandar Ishinomaki, Miyagi mengatakan jumlah mereka yang hilang di bandar itu sahaja hampir 10,000 orang. - AFP

BUTIRAN TERPERINCI:-
  • Jumlah korban : 4,314 orang
  • Jumlah mangsa yang hilang : 8,606 orang
  • Jumlah yang cedera : 2,282 orang
  • Jumlah mangsa hilang di bandar Ishinomaki, Miyagi: hampir 10,000 orang
Sumber: Utusan Malaysia Online, 17/3/2011

Tiada ulasan:

Catat Ulasan