KAMPAR 23 Mac — Seorang peniaga terbunuh manakala rakannya cedera parah apabila kereta yang mereka naiki terbabit dalam satu kemalangan di Km 306.7 Lebuh raya Utara-Selatan dekat Gua Tempurung dekat sini hari ini.
Ketua Polis Daerah Kampar, Supt. Abdul Aziz Salleh berkata Thai Keen Chong, 33, yang berasal dari Malim Nawar, Kampar, meninggal dunia di tempat kejadian akibat kecederaan parah di kepala.
Beliau berkata, kejadian berlaku pada kira-kira pukul 12.15 tengah hari apabila kereta Toyota yang dipandu Thai dalam perjalanan dari Kampar ke Ipoh itu dikatakan gagal dikawal lalu terbabas ke kiri jalan sebelum tercampak ke dalam gaung sedalam tujuh meter.
Sumber: Kosmo! Online, 24/3/2011
Tiada ulasan:
Catat Ulasan