PILIHANKU

TAJAAN

22 Mac 2011

5 PENDEKAR MAUT DI JALAN RAYA...?

Van yang rosak teruk di bahagian depan...?
ALOR SETAR - Jumlah penonton yang luar biasa ketika menyaksikan persembahan lima orang guru silat di satu majlis perkahwinan di Sungai Buloh, Selangor kelmarin rupanya menjadi petanda kesemua pendekar itu akan dijemput ajal dalam kemalangan jalan raya semalam.
Kejadian pukul 3.30 pagi itu berlaku apabila sebuah van yang membawa sembilan orang penumpang termasuk guru silat berkenaan terbabas lalu melanggar sebatang pokok di Jalan Titi Haji Idris, Pendang dekat sini. Empat orang penumpang lain cedera parah.
Difahamkan, kesemua mangsa daripada Persatuan Persilatan dan Pergendangan Silat Kedah. Mereka dalam perjalanan pulang ke Pokok Sena.
Mereka yang maut ialah Ahmad Ismail, 65, (guru silat Melayu Pattani), dari Alor Rela, Langgar; Juhari Darus, 65, (guru silat Gayung Pattani) dari Kampung Paya, Kodiang, Jitra dan Jumaat @ Saad Mat Akil, 62, (guru silat Tari Segelek) dari Kampung Manggol, Malau, Jitra.
Sumber: Kosmo! Online, 22/3/2011

Tiada ulasan:

Catat Ulasan