KUANTAN: Seorang gadis bertindak nekad mengelar pergelangan tangan menggunakan serpihan kaca selepas mendapati dia dirogol tiga orang rakannya, Isnin lalu.
Timbalan Ketua Jabatan Siasatan Jenayah (Siasatan/Perundangan) negeri, Superintendan Mohd Haris Daud berkata, mangsa mendakwa dipelawa tiga orang rakannya melepak di sebuah kebun kelapa sawit pada kira-kira jam 6.30 petang.
“Sebaik tiba di pondok usang di kebun itu, tiga orang rakannya itu menawarkan sejenis minuman ‘Thai Song’ menyebabkan dia berada dalam keadaan separuh sedar.
“Ketika mabuk, tiga orang rakannya itu mengambil kesempatan merogol mangsa bergilir-gilir sebelum dihantar pulang ke rumah,” katanya.
Haris berkata, susulan laporan dibuat, sepasukan anggota polis pergi ke tempat kejadian dan hasil pemeriksaan menemukan beberapa tompokan air mani dan puntung rokok di dalam pondok terbabit.
Katanya, polis kemudian menahan ketiga-tiga orang suspek terbabit untuk disiasat mengikut Seksyen 376 Kanun Keseksaan.
Sumber: Berita Harian Online, 18/32011
Tiada ulasan:
Catat Ulasan