PILIHANKU

TAJAAN

07 Mac 2011

HARAM JUDI DI KELANTAN...?

UNDANG KARPAL SINGH LAWAT KLATE...?
KOTA BHARU: Kerajaan PAS Kelantan tetap mempertahankan pendiriannya mengharamkan segala bentuk perjudian termasuk loteri kebajikan di negeri itu walaupun didesak sekutunya DAP supaya menarik balik pengharaman tersebut. 

Pengerusi Jawatankuasa Kerajaan Tempatan, Pelancongan dan Kebudayaan negeri, Datuk Takiyuddin Hassan, berkata kerajaan negeri tidak akan berganjak dengan keputusan itu kerana perjudian bagi setiap agama tidak pernah diterima oleh penganutnya.
Sehubungan itu, beliau menjemput Pengerusi DAP, Karpal Singh, untuk datang ke Kelantan dan melihat sendiri bagaimana sistem pemerintahan Islam yang diamalkan termasuk mengharamkan judi dapat menjamin kesejahteraan rakyat dan menghalang masalah sosial daripada berlaku.

Sumber: Berita Harian Online, 7/3/2011

Tiada ulasan:

Catat Ulasan