KERETA TERBAKAR SETELAH BERTEMBUNG JIP...?
KUALA LUMPUR: Dua beradik maut apabila kereta yang dinaiki mereka terbakar selepas ia terbabas dan melanggar sebuah jip yang datang dari arah bertentangan di KM57.5 Jalan Klang-Teluk Intan, Tanjung Karang dekat sini, hari ini.
Pemangku Ketua Jabatan Ketenteraman Awam dan Trafik Negeri Selangor, DSP Ismail Ibrahim, berkata nahas berlaku pada jam 11.30 pagi semasa Khairul Amri Mohd Ayob, 26, bersama adiknya Mohd Fauzan Mohd Ayob, 20, sedang dalam perjalanan dari arah Tanjung Karang menghala Kuala Selangor.
"Khairul Amri tidak dapat mengawal kereta yang dipandu, mengakibatkan kereta itu terbabas ke laluan bertentangan sebelum melanggar sebuah jip, sehingga menyebabkan kedua-dua buah kenderaan itu terbakar," katanya ketika dihubungi hari ini.
Sumber: Berita Harian Online, 7/3/2011
Fauzan tu bekas pelajar saya
BalasPadamtakziah kpd keluarga mangsa..al fatihah..
BalasPadam