Kekerapan serta sebab-sebab pengguguran bayi berbeza di seluruh dunia mengikut rantau. Kira-kira 46 juta pengguguran dilakukan di seluruh dunia setiap tahun. Dalam itu, 26 juta merupakan pengguguran sah, manakala 20 juta yang lain itu melanggar undang-undng. Nisbah pengguguran dunia ialah 26 per 100 kehamilan diketahui.[1]
Pengguguran (bahasa Inggeris: abortion) merupakan penyingkiran atau pengeluaran embrio atau fetus dari uterus ibu , dan mengakibatkan kematian embrio atau fetus itu. Proses ini mungkin berlaku secara spontan (keguguran), atau secara paksaan oleh seorang pakar perubatan atau bomoh.
Aspek undang-undang dan moral pengguguran aruhan merupakan isu kontroversi di seluruh dunia. Pergerakan pro-pilihan menegaskan hak wanita untuk memilih sama ada untuk menggugurkan bayinya, manakala pro-hidup menentang pengguguran sebagai bentuk pembunuhan dan melanggar prinsip-prinsip moral.
JAUHILAH PERLAKUAN KEJAM
SESUNGGUHNYA SIKSAAN ALLAH ITU MAHA DAHSYAT...?
Tiada ulasan:
Catat Ulasan