PILIHANKU

TAJAAN

27 Julai 2010

BAHAYA MINUMAN 3-in-1...?

MINUMAN 3-in-1 menjadi kegemaran ramai kerana mudah untuk disediakan di mana-mana.

KUALA LUMPUR – Penggunaan produk minuman 3-in-1 yang kini menjadi kegemaran masyarakat Malaysia perlu dikawal pengambilannya kerana  boleh memudaratkan kesihatan jika diambil secara berlebihan.
Pensyarah Jabatan Pemakanan dan Dietetik Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Dr. Roslee Rajikan berkata, pengguna perlu bijak membuat pilihan dengan melihat label nutrien atau zat makanan pada produk berkenaan.
“Jika ambil produk ini sekali sekala tanpa berlebihan saya rasa tidak timbul masalah tetapi jika sehari lima hingga enam kali, mungkin  boleh menimbulkan masalah,” katanya semasa ditemu bual oleh pengacara Zulkifli Bujang dalam program Kerusi Panas menerusi Radio 24 hari ini.
Sumber: Kosmo! Online, 27/7/2010

Tiada ulasan:

Catat Ulasan