Sembilan cedera di Bangkok
BANGKOK - Satu letupan yang berlaku di sebuah perhentian bas di kawasan pusat beli-belah di Bangkok semalam menyebabkan sembilan orang awam cedera, kata polis Thailand.
"Kejadian itu berlaku di perhentian bas di hadapan pusat beli-belah, Big C Ratchadamri pada pukul 5.45 petang dan berdasarkan laporan awal, sembilan orang terbunuh," kata seorang pegawai polis, Kolonel Saravut Jindatham.
Letupan itu berlaku beberapa jam selepas proses membuang undi satu pilihan raya kecil di Thailand berakhir di Bangkok.
Kejadian tersebut dikaitkan dengan pergolakan politik negara tersebut yang berlaku baru-baru ini di Bangkok.
Sumber: Kosmo! Online, 26/7/2010
Tiada ulasan:
Catat Ulasan