PILIHANKU

TAJAAN

31 Julai 2010

DAP PECAT AHLI MPK...?

31 Julai, 2010 22:38 PM
DAP Pecat Tee Boon Hock
SHAH ALAM, 31 Julai (Bernama) -- DAP memecat Ahli Majlis Perbandaran Klang (MPK) Tee Boon Hock berkuat kuasa serta merta dipercayai berhubung isu salah guna kuasa membabitkan surat sokongan untuk mendapatkan kontrak MPK.

Pengerusi DAP Selangor Ean Yong Hian Wah ketika dihubungi mengesahkan perkara itu tetapi enggan mengulas lanjut.

"Saya sahkan perkara itu (pemecatan Tee)," katanya.

Selasa lepas, akhbar melaporkan seorang ahli majlis perbandaran didakwa menggunakan kepala surat dan cop rasmi Pengerusi Jawatankuasa Kerajaan Tempatan, Penyelidikan dan Kajian Selangor Ronnie Liu bagi mengeluarkan surat sokongan untuk kroni dan anggota keluarganya untuk mendapatkan kontrak MPK.

Walaupun, akhbar tidak menyatakan identiti anggota majlis itu,  menggambarkannya sebagai seorang veteran DAP berusia lingkungan 50-an dan pernah dua kali bertanding kerusi Dewan Undangan Negeri pada pilihan raya umum lepas dan menganggotai lembaga tender Majlis Perbandaran.

Sumber: BERNAMA, 31/7/2010

Tiada ulasan:

Catat Ulasan