Gambar hiasan
Dua terbunuh, Apache terhempas dalam latihan
31/07/2010 3:15am
ATHENS 31 Julai - Dua juruterbang tentera Greece terbunuh apabila helikopter penyerang Apache terhempas dalam latihan penerbangan hari ini, kata Menteri Pertahanan Greece sambil secara rasmi mengisytiharkan tempoh berkabung bagi angkatan bersenjata.
Menterinya, Evangelos Venizelos berkata, nahas yang meragut nyawa dua orang juruterbang tentera udara terpilih itu sangat tragis dan berjanji siasatan terperinci akan dijalankan secepat mungkin bagi mengesan punca kemalangan itu berlaku.
“Seluruh pasukan bersenjata Greece akan bergabung selama tiga hari berikutan nahas tragis ini,” katanya dalam satu kenyataan.
Helikopter penyerang Apache itu terhempas sebaik berlepas di lapangan terbang tentera Megara, kira-kira 60 kilometer ke barat Athens sebelum pukul 9 pagi GMT (5 petang waktu Malaysia).
Sumber: Utusan Malaysia Online, 31/7/2010
Tiada ulasan:
Catat Ulasan