PILIHANKU

TAJAAN

31 Julai 2010

FERI KARAM DI KINSHASA....?

Feri karam 140 dipercayai maut

KINSHASA 30 Julai – Sebuah feri karam di Republik Demokratik Congo menyebabkan sekurang-kurangnya 140 orang mati lemas selepas feri itu didakwa membawa terlalu ramai penumpang.
Feri itu dilaporkan karam pada Rabu lalu di Sungai Kasai, pecahan daripada Sungai Congo di wilayah Bandundu, barat negara ini, setelah melanggar beting pasir, kata pegawai, semalam.
Seorang pegawai tempatan di pejabat gabenor Bandundu berkata, sekurang-kurangnya 140 orang terbunuh, manakala Menteri Komunikasi, Lamber Mende berkata, seramai 80 orang maut, sementara 76 lagi selamat.
Menurutnya, terdapat 180 orang penumpang berdaftar berada di atas feri itu, dan beberapa orang lagi menaiki feri itu secara rahsia.

Sumber: Utusan Malaysia Online, 31/7/2010

Tiada ulasan:

Catat Ulasan