PILIHANKU

TAJAAN

26 Julai 2010

LAFAZ CERAI SULTAN...?

Tuntutan lafaz cerai ditolak

NIK RORHANA

KOTA BHARU - Mahkamah Tinggi Syariah di sini semalam menolak permohonan plaintif, Nik Rorhana Wan Abdul Rahman, 60, meminda tuntutan lafaz cerai Sultan Kelantan, Tuanku Ismail Petra terhadap isteri baginda, Cik Puan Elia Suhana Ahmad, 31.
Hakim Syarie, Abdullah Man ketika membaca keputusan tersebut memberikan alasan tuntutan berkenaan ditolak kerana prosiding pengesahan lafaz cerai pasangan itu telah berjalan.
Pada prosiding tertutup itu, Abdullah pada masa yang sama mengarahkan perbicaraan pengesahan lafaz cerai Tuanku Ismail terhadap Elia Suhana disambung semula.
Peguam Elia Suhana, Fakhrul Azman Abu Hasan ketika ditemui di luar mahkamah memberitahu, pihak plaintif ingin menambah beberapa fakta mengenai lafaz cerai yang dibuat oleh Sultan Kelantan pada 12 Februari lalu.
Sumber: Kosmo! Online, 26/7/2010

Tiada ulasan:

Catat Ulasan