2 nahas jet tentera Kanada, India
CALGARY - Seorang juruterbang tentera udara Kanada, Kapten Brian Bews nyaris maut apabila sempat melonjak keluar sebelum jet Hornet F-18 dipandunya terhempas pada sesi latihan sempena pesta udara di Lethbridge, Alberta, dekat sini kelmarin.
Saksi-saksi berkata, ketika demonstrasi itu, mereka melihat pesawat tersebut hilang kawalan dan menjunam laju ketika cuba terbang rendah namun, mujur juruterbang berjaya keluar dengan kerusi anjal hanya kira-kira 30 meter dari tanah.
Dalam pada itu, dua juruterbang tentera udara India maut setelah sebuah jet MIG-27 yang dipandu mereka terhempas di perkampungan Moinaguri, daerah Jalpaiguri, di negeri Bengal Barat semalam, kata jurucakap markas tentera di Kolkata.
Sumber: Kosmo! Online, 25/7/2010
Tiada ulasan:
Catat Ulasan