Asyraf juara Imam Muda
JUARA Imam Muda musim pertama, Muhammad Asyraf Mohd. Ridzuan (kiri) bersama pengetua, Hassan Mahmood (dua dari kiri); tenaga pengajar, Sharizan Daud At-Turabi serta pemenang tempat kedua, Hizbur Rahman Omar Zuhdi (kanan). – UTUSAN / MOHD NAIM AZIZ |
KUALA LUMPUR 30 Julai – Setelah tiga bulan bersiaran, program pencarian imam dalam kalangan generasi muda iaitu Imam Muda akhirnya menobatkan Muhammad Asyraf Mohd. Ridzuan sebagai juara.
Kemuncak program pertama di dunia yang mengangkat peranan imam ke kaca televisyen itu berlangsung di Dewan Muktamar, Kompleks Pusat Islam malam ini.
Program itu turut mendapat perhatian dan permintaan daripada beberapa stesen penyiaran gergasi luar negara termasuk salah sebuah rangkaian televisyen di Switzerland dan Turki.
Sumber: Utusan Malaysia Online, 31/7/2010
Tiada ulasan:
Catat Ulasan