KAFA terima anugerah MBR
Oleh Norliza Wasilan
2010/07/28
PERSATUAN Bola Sepak Kelantan (KAFA) menerima pengiktirafan Malaysia Book Of Records (MBR) kerana menjadi persatuan bola sepak pertama negara ini mengeluarkan hampir 70 produk sendiri berjenama Warriors serta radio internet, TRW Fm, sempena gelaran pasukan itu, The Red Warriors (TRW).
Antara produk Warriors yang berasaskan kombinasi warna merah dan putih itu termasuk pelbagai jenis pakaian sukan, aksesori kereta, perabot dan makanan ringan seperti dompet, beg, topi, penutup kotak tisu, tuala, selipar, mafla, kemeja-T, jam tangan dan stul.
Sumber: Berita Harian Online, 28/7/2010
Tiada ulasan:
Catat Ulasan