PILIHANKU

TAJAAN

23 September 2010

AGI HIDUP AGI NGELABAN...?

Rejimen Renjer Diraja.jpg

Rejimen Renjer DiRaja (singkatan RRD) ialah salah satu pasukan tempur infantri  dalam Tentera Darat Malaysia. Pasukan ini terkenal dengan cogan kata "Agi Hidup Agi Ngelaban" yang berasal daripada Bahasa Iban yang bermaksud "Selagi Ada Hayat, Selagi Itulah Berjuang". Cogan kata ini berasal daripada motto keluarga Brooke iaitu "Whilst there is life, there is fight" dan digunakan oleh Sarawak Rangers. Cogan kata "Agi Hidup Agi Ngelaban" dianggap sebagai keramat bagi bekas-bekas pegawai dan anggota Renjer kerana  telah banyak menyemarakkan semangat mereka apabila bertempur dengan musuh.
Sepertimana Rejimen Askar Melayu DiRaja dan Kor Armor DiRaja, Rejimen Renjer Malaysia merupakan elemen tempur Tentera Darat Malaysia. Walaupun usia sebagai Rejimen dalam Tentera Darat Malaysia adalah lebih muda daripada Rejimen Askar Melayu DiRaja, namun keberanian dan semangat kepahlawanan anggota Rejimen Renjer sebagai pasukan barisan hadapan pertahanan negara adalah amat digeruni oleh pihak musuh.
RRD ialah rejimen yang kedua terbesar dalam Tentera Darat. Rejimen ini merupakan satu rejimen yang amat unik di mana dianggotai oleh pelbagai kaum dan agama. Pada awalnya, rejimen ini secara majoritinya dianggotai oleh kaum pribumi Sabah dan Sarawak dan beberapa orang pegawai British. Semenjak  itu, keanggotaan rejimen telah dibuka kepada masyarakat pelbagai kaum di Malaysia. Kehadiran kaum pribumi memberikan identiti tersendiri bagi Rejimen Renjer DiRaja dan menjadikan  kaya dengan pelbagai kebudayaan yang tidak terdapat dalam rejimen-rejimen lain.
Lencana RRD

Tiada ulasan:

Catat Ulasan