PILIHANKU

TAJAAN

29 September 2010

PAS YAKIN MENANG DI GALAS...?


PAS yakin pertahan Galas
Salmah Mat Husain   
KOTA BHARU, 29 Sept: Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat melahirkan keyakinan
PAS yakin dapat mempertahankan kerusi DUN Galas pada pilihan raya kecil nanti.
Mursyidul Am PAS itu menyatakan demikian berdasarkan
sokongan rakyat  yang semakin meningkat kepada parti itu.
Beliau yang juga Menteri Besar Kelantan berkata, ditambah
lagi dengan prestasi Allahyarham Chek Hashim Sulaima
selaku wakil rakyat di situ sebelum ini.
Menurutnya, sekiranya Umno bercadang untuk meletakkan
calon anak tempatan, PAS juga berhasrat sedemikian.
“PAS tidak ketandusan memilih calon dalam pilihan raya itu
nanti, memandangkan begitu ramai mereka yang berwibawa,
” ujarnya kepada media selepas pada majlis anjuran Kolej
Kejururawatan dan Kesihatan Masterskill Kampus Kota Bahru,
 di sini, pagi ini. Sehubungan itu, beliau berharap para pengundi yang pernah mengundi
Allahyarham Chek Hashim yang mewakili calon PAS pada pilihan raya umum lalu, diminta
sekali lagi berbuat demikian pada pilihan raya kecil nanti.
Beliau juga berharap pengundi yang belum berbuat demikian iaitu tidak mengundi calon
PAS supaya beralih arus pada pilihan raya kecil tidak lama lagi.
Sumber: Harakahdaily, 29/9/2010

Tiada ulasan:

Catat Ulasan