PILIHANKU

TAJAAN

24 September 2010

PASUKAN PILIHAN TERKELUAR...?

English Carling Cup Round 3
DATEHomeSCOREOPPONENT
09/21Birmingham3 - 1Milton Keynes Dons
09/21Brentford1 - 1Everton
09/21Burnley1 - 0Bolton Wanderers
09/21Millwall1 - 2Ipswich Town
09/21Peterborough United1 - 3Swansea City
09/21Portsmouth1 - 2Leicester City
09/21Stoke City2 - 0Fulham
09/21Sunderland1 - 2West Ham United
09/21Tottenham Hotspur1 - 4Arsenal
09/21Wolverhampton Wanderers4 - 2Notts County
09/22Aston Villa3 - 1Blackburn Rovers
09/22Chelsea3 - 4Newcastle United
09/22Scunthorpe United2 - 5Manchester United
09/22Wigan Athletic2 - 1Preston North End
09/22Liverpool2 - 2Northampton Town
09/22West Bromwich Albion2 - 1Manchester City
Liverpool, Chelsea, Manchester City terkeluar daripada saingan Piala Carling.
LONDON - Liverpool terkeluar daripada saingan bola sepak Piala Liga selepas diaibkan oleh kelab divisyen empat, Northampton Town manakala Chelsea dan Manchester City melengkapkan malam penuh kejutan, semalam apabila turut tersingkir.
Satu lagi kejutan besar hadir di Stamford Bridge, di mana Chelsea tumpas 3-4 kepada Newcastle, pasukan pertama menewaskan skuad Blues musim ini.
Kehadiran semula ketua pasukan, John Terry tidak banyak membantu, begitu juga dengan jaringan awal Patrick van Aanholt pada minit keenam.
Dalam satu lagi kejutan, West Bromwich Albion meningkatkan tekanan ke atas bos Manchester City, Roberto Mancini selepas menundukkan kelab yang berbelanja besar 2-1 di Hawthorns.

Sementara itu, Manchester United dipaksa bangkit daripada ketinggalan sebelum mengetepikan kelab bermasalah, Scunthorpe 5-2. - AFP
Sumber: Utusan Malaysia Online, 24/9/2010

Tiada ulasan:

Catat Ulasan