PILIHANKU

TAJAAN

28 September 2010

GROWTH HORMONE (Gh) KEKAL AWET MUDA...?

HORMON GH
Gh merupakan hormon yang dihasilkan oleh kalenjar pineal di otak kita. Kegunaannya ialah untuk tumbesaran. Sewaktu di dalam perut ibu sehinggalah membesar menjadi dewasa gh berperanan merangsang tumbesaran sel-sel dalam tubuh. Bagi orang dewasa pula ia berperanan memperbaiki sel-sel dan membentuk otot yang kuat. Ia juga menghalang pembentukan lemak dalam badan.
Pada usia 30-an jumlah gh yang dirembeskan oleh seseorang akan berkurangan. Pemeriksaan darah menunjukkan ia berkurangan dengan banyak sehinggalah usia lima puluhan kekurangan ketara akan berlaku. Kekurangan yang ketara itu menyebabkan masalah keletihan menjadi lebih serius.
Peranan Gh:
Menjaga organ seperti saiz otak, kulit, rambut, otot, tulang dan organ dalam tubuh kita. Seseorang yang mempunyai masalah dalam penghasilan Gh akan menjadi seperti orang kerdil, saiz badan kecil dan pendek sahaja. Kekurangan hormon ini membuatkan kesan penuaan begitu cepat sekali berlaku.
Simptom kekurangan gh akibat penuaan:
  • Rambut menjadi semakin tipis.
  • Wajah pipi menjadi kendur dan kulit pada mata menjadi kendur, bibir tampak nipis, tulang hidung dan tulang rahang menjadi nipis membuatkan wajah tampak layu.
  • Leher kulit menggeleber pada leher.
  • Tangan semakin halus dan meruncing .Kuku kelihatan jaluran putih. Tapak tangan kelihatan lebih rata disebabkan pengecutan otot-otot pada tapak tangan.
  • Berasa kurang sihat meskipun tidak ada apa-apa masalah.
  • Keyakinan diri merosot.
  • Kurang efisien dalam menjalankan tugasan harian terutamanya yang memerlukan multiple tasking.
  • Kurang kawalan diri. Berbicara dengan kasar dan mudah panik. Mudah berasa tertekan apabila menghadapi sesuatu peristiwa.
  • Memerlukan tidur yang lebih banyak daripada biasa dan mudah letih jika kurang tidur.
  • Mudah menjadi gemuk biarpun mengamalkan diet yang ketat.
  • Mudah berasa sejuk.
  • Bagi lelaki ramai yang mengalami masalah seksual.
  • Selera kepada daging dan protein hilang disebabkan anabolic yang rendah.
  • Risiko penyakit yang mudah diperoleh ialah masalah jantung dan darah tinggi, peningkatan kadar kolestrol di dalam darah, kegemukan, kencing manis type 2.
Sumber: Utusan Malaysia Online

Tiada ulasan:

Catat Ulasan