PILIHANKU

TAJAAN

19 September 2010

3 KONTENA PELEDAK MELETUP DI SRI LANKA...?

25 maut dalam letupan dalam kawasan balai polis Sri Lanka

19/09/2010 2:55am

COLOMBO, Sri Lanka 19 Spet. - Polis Sri Lanka berkata, 25 orang terbunuh dan berpuluh yang lain cedera apabila bahan peledak bercampur dinamit dalam simpanan meletup di timur Sri Lanka.
Tiga kontena bahan peledak yang diguna untuk pembinaan jalan itu meletup dalam sebuah kawasan polis kelmarin menyebabkan balai polis dan sebuah pejabat pertanian berdekatan yang sedang dipenuhi oleh para petani musnah.
Seorang pegawai polis yang terlibat dalam siasatan kejadian itu semalam berkata, bahan peledak yang disimpan bersama dengan dinamit dalam sebuah kontena dipercayai jadi punca berlaku letupan ketika kerja-kerja pemindahan sedang dilakukan oleh para pekerja.
Dinamit yang diguna untuk meletupkan batu telah disimpan dalam kawasan balai polis bagi tujuan keselamatan.
Dua orang warga China dan 16 orang anggota polis antara yang mati dalam kejadian itu manakala 52 orang yang lain cedera. - AP

Sumber: Utusan Malaysia Online, 19/9/2010

Tiada ulasan:

Catat Ulasan