PILIHANKU

TAJAAN

22 September 2010

BENCANA MATAHARI 2013...?


GAMBAR fail yang dirakamkan Pentadbiran Aeronautik dan Angkasa Lepas Kebangsaan Amerika Syarikat menunjukkan nyalaan api di matahari pada 8 September lalu.
LONDON - Aktiviti nyalaan api yang meluap-luap di matahari akan mencetuskan huru-hara di seluruh dunia pada tahun 2013, lapor sebuah akhbar semalam.
Antara kesan ketara fenomena itu ialah:-
  • memutuskan bekalan elektrik di bumi;
  • mengganggu komunikasi satelit;
  • menjejaskan perkhidmatan penerbangan;
  • merosakkan sistem kewangan dan komunikasi radio di bumi;
  • nyalaan yang besar juga akan menghasilkan radiasi yang tinggi dan akan mewujudkan ribut magnetik yang boleh merosakkan peralatan teknologi manusia;
Nyalaan besar matahari membentuk lingkaran-lingkaran api dengan kuasa letupan 100 bom hidrogen yang boleh mencetuskan kemusnahan ekonomi 20 kali ganda lebih teruk berbanding Taufan Katrina yang melanda negeri Lousiana di Amerika Syarikat (AS) pada 2005. - Agensi

Sumber: Utusan Malaysia Online, 22/9/2010

Tiada ulasan:

Catat Ulasan