PILIHANKU

TAJAAN

28 September 2010

SELUDUP GADING KE MALAYSIA...?



Bukan sahaja dadah, malah warga Afrika kini semakin berani apabila cuba menyeludup gading gajah dan tanduk badak sumbu pula ke negara ini.
Begitulah dilakukan sekumpulan sindiket dari Kenya, Afrika. Bagaimanapun cubaan mereka menyeludup gading dan tanduk haiwan-haiwan yang bernilai jutaan ringgit itu gagal apabila dihidu pihak berkuasa negara berkenaan, Sabtu lalu.
Gading dan tanduk haiwan dilindungi itu ditemukan tersimpan di dalam 12 buah kotak kayu besar yang diisytiharkan sebagai buah avocado di Lapangan Terbang Jomo Kenyatta Nairobi, Kenya.
Kejayaan tersebut diperoleh semasa pemeriksaan dijalankan di lapangan terbang berkenaan dengan menggunakan anjing pengesan.

Sumber: Utusan Malaysia Online, 28/9/2010

Tiada ulasan:

Catat Ulasan