PILIHANKU

TAJAAN

13 September 2010

ALONSO JUARA F1 ITALI...?

Alonso julang Ferrari

MONZA – Fernando Alonso berjaya bangkit daripada permulaan yang buruk untuk merangkul kejuaraan pertama Grand Prix Formula Satu (F1) Itali bersama Ferrari semalam.
Pemandu Sepanyol itu hilang kedudukan pendahulu kepada Jenson Button di selekoh pertama tetapi merampasnya semula selepas keluar dari hentian pit untuk meraih kejuaraan dengan catatan masa 2.9 saat di depan pemandu McLaren itu.
Ini merupakan kemenangan pertama Ferrari di tempat sendiri sejak Michael Schumacher meraihnya buat kali terakhir pada 2006, dan Alonso menamatkan penantian penyokong tuan rumah walaupun dipintas Button sebaik perlumbaan bermula.
Button yang mendahului lebih separuh perlumbaan gagal melakukan hentian pit dengan baik pada pusingan ke-36.
Kemenangan di Monza membolehkan Alonso bersaing untuk memburu kejuaraan dunia yang kini diterajui pemandu Red Bull, Mark Webber yang mengutip 187 mata. Semalam, Webber menamatkan saingan di tempat keenam.

Sumber: Utusan Malaysia Online, 13/9/2010

Tiada ulasan:

Catat Ulasan