PILIHANKU

TAJAAN

29 September 2010

LAGI NELAYAN INDON MENCEROBOH...?

12 nelayan Indonesia ditahan di dua lokasi

KAPTEN Maritim Ang Cheng Hwa (kiri) menunjukkan 12 orang warga Indonesia yang ditahan di perairan Perak, semalam.

LUMUT 28 Sept. - Dua beradik antara 12 orang nelayan warga Indonesia yang ditahan Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) kerana disyaki menangkap ikan secara haram di dua buah lokasi berasingan di perairan Perak dekat sini semalam.
Kedua-dua mereka berusia 15 dan 23 tahun itu ditahan bersama-sama 10 orang lagi nelayan berusia 21 hingga 53 tahun ketika sedang menangkap ikan berhampiran Pulau Jarak.
Kejayaan tersebut merupakan kes tangkapan kali ke-11 dan ke-12 melibatkan bot nelayan asing yang menceroboh perairan negeri itu sejak Januari lalu.
Ketua Penguat Kuasa Daerah Maritim 3, Kapten Maritim Ang Cheng Hwa berkata, dalam kejadian pukul 2 petang itu, sepasukan 36 anggota Maritim Malaysia diketuai Leftenan Komander Mohd. Zaki Zakaria, melakukan rondaan rutin menggunakan kapal KM Marlin di kawasan terbabit.
Beliau berkata, pasukan terbabit terserempak dengan sebuah bot dinaiki empat lelaki sedang leka menangkap ikan secara merawai di 18 batu nautika (32.4 kilometer) barat Pulau Jarak di sini.
"Pemeriksaan mendapati bot berkenaan tidak mempunyai nombor pendaftaran dan tiada kebenaran menangkap ikan yang sah.
"Kesemua mereka tidak mempunyai dokumen pengenalan diri," katanya pada sidang akhbar di Jeti Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia (LKIM) di sini hari ini.

Sumber: Utusan Malaysia Online, 29/9/2010

Tiada ulasan:

Catat Ulasan