PILIHANKU

TAJAAN

25 September 2010

PERMOHONON KEMASUKAN MRSM 2011...?

MRSM buka permohonan kemasukan Isnin ini

2010/09/24


KUALA LUMPUR: Maktab Rendah Sains Mara (MRSM) akan membuka pengambilan pelajar tingkatan empat sesi 2011 bermula Isnin ini, kata Timbalan Ketua Pengarah (Pendidikan) MARA, Ibrahim Ahmad. 



Beliau berkata, sebanyak 3,232 tempat disediakan di 43 MRSM seluruh negara.


"Permohonan boleh dibuat secara talian dengan percuma," katanya dalam satu kenyataan di sini, hari ini.

Ibrahim berkata, pemohon perlu mendapatkan no. PIN daripada semua pejabat Mara atau MRSM berdekatan dengan membawa salinan keputusan peperiksaan percubaan PMR.
Antara syarat kemasukan minimum ialah:-
  • Lulus PMR dengan sekurang-kurangnya 6A;
  • Mendapat pangkat A bagi subjek Sains dan Matematik;
  • Terbuka kepada semua pelajar kecuali pelajar SBP.


Tiada ulasan:

Catat Ulasan