PILIHANKU

TAJAAN

22 September 2010

MILITAN BUNUH POLIS INDONESIA....?

Militan tembak mati polis Indonesia

22/09/2010 12:15pm

JAKARTA 22 Sept. – Sekumpulan lelaki bersenjata automatik menembak mati tiga orang anggota polis di barat Indonesia malam tadi, hanya beberapa hari selepas pasukan keselamatan membunuh beberapa orang suspek dan menangkap yang lain dalam serbuan antikeganasan.
Penyerang yang menaiki motosikal itu menggempur sebuah balai polis di daerah Deli Serdang, Sumatera Utara pada tengah malam tadi, kata timbalan jurucakap polis Indonesia, Brigadier Jeneral Ketut Untung Yoga.
Mereka menembak mati tiga orang anggota polis dengan senjata automatik sebelum melarikan diri. Balai polis itu mengalami kerosakan teruk dan dua buah kereta polis turut dibakar. – AP

Sumber: Utusan Malaysia Online, 22/9/2010

Tiada ulasan:

Catat Ulasan