PILIHANKU

TAJAAN

13 September 2010

15 MAUT HARI KE-10...?

15 terkorban pada hari kesepuluh Ops Sikap Ke-22

13/09/2010 12:07pm

KUALA LUMPUR 13 Sept. – Sebanyak 15 kematian dicatat pada hari ke-10 Ops Sikap ke-22 semalam, menjadikan jumlah korban kemalangan jalan raya sejak operasi itu bermula 3 September lepas kepada 169 orang.
Laman web Polis Diraja Malaysia melaporkan mereka yang terkorban melibatkan 10 orang penunggang motosikal, dua orang masing-masing pengguna kereta dan pejalan kaki dan seorang penunggang  basikal.
Jumlah kematian yang dicatat pada hari kesembilan kempen itu ialah 15 orang.
Selain itu, sebanyak 874 kemalangan dilaporkan berlaku semalam dengan 74 di lebuh raya, 321 di jalan persekutuan, 158 jalan negeri, 280 jalan bandaran dan 41 lagi di jalan-jalan lain.
Sebanyak 7,676 saman telah dikeluarkan atas pelbagai kesalahan jalan raya.
Ops Sikap ke-22 akan berakhir Jumaat ini. – Bernama

Sumber: Utusan Malaysia Online, 13/9/2010

Tiada ulasan:

Catat Ulasan