PILIHANKU

TAJAAN

11 Disember 2010

ANGKARA PELURU TINGGALAN...?

Peluru kereta kebal ini...? Gambar hiasan.

Dua remaja Palestin maut dalam letupan di Gaza

11/12/2010 3:06am

GAZA CITY, 11 Dis. - Dua remaja Palestin maut dalam satu letupan di Gaza City yang disyaki berpunca akibat peluru meriam kereta kebal milik Israel yang tidak meletup.
Menurut sumber pihak berkuasa, mereka terbunuh apabila peluru meriam kereta kebal itu meletup di kawasan bandar raya Shujaiyeh.
Katanya, peluru meriam kereta kebal itu mungkin tinggalan daripada perang Israel ke atas Gaza selama 22 hari yang tercetus pada Disember 2008.
Perang itu mengorbankan 1,400 nyawa penduduk Palestin, kebanyakannya orang awam dan 13 penduduk Israel, di mana 10 daripadanya ialah anggota tentera. - AFP

Sumber: Utusan Malaysia Online, 11/12/2010

Tiada ulasan:

Catat Ulasan