PILIHANKU

TAJAAN

03 Disember 2010

DSAI SERKAP JARANG...?

Anwar diselar beri maklumat salah di Dewan Rakyat

02/12/2010 6:43pm

KUALA LUMPUR 2 Dis. - Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim diselar di Dewan Rakyat hari ini kerana memberi fakta tidak tepat mengenai peratusan kemasukan pelajar ke sekolah menengah yang didakwanya jauh lebih rendah berbanding negara-negara lain.
Terkilan dengan kenyataan Anwar itu, Timbalan Menteri Pelajaran Datuk Dr. Wee Ka Siong berkata, berdasarkan data terkini, sejumlah 91.5 peratus orang pelajar sekolah rendah di negara ini masuk ke sekolah menengah tahun lepas sedangkan angka yang dinyatakan oleh Anwar adalah 69.1 peratus.
"Saya terkilan apabila Malaysia dikatakan jauh lebih rendah daripada Filipina, Sri Lanka dan sebagainya. Itu tidak betul,” katanya ketika menggulung perbahasan Rang Undang-undang Perbekalan 2011 di peringkat jawatankuasa bagi kementerian itu.

Sumber: Utusan Malaysia Online, 2/12/2010

Tiada ulasan:

Catat Ulasan