PILIHANKU

TAJAAN

01 Januari 2011

3 MAUT KEMALANGAN DI SUNGAI LEBEY...?



GERIK 30 Dis. - Sepasang suami isteri adalah antara tiga orang yang maut apabila kereta dinaiki mereka bertembung dengan sebuah kereta lain di Kilometer 10.9 Lebuh Raya Timur-Barat dekat Sungai Lebey di sini semalam. Kemalangan berlaku pukul 5 petang itu turut mengakibatkan salah sebuah kereta terbabit terbakar. Mangsa yang maut ialah Quah Beng Oun, 37, dan isterinya, Heng Soo Kiau, 35, serta Syed Azmi Syed Hasyim, 54.
Dua orang anak pasangan itu, Quah Chun Wei, 8, dan Quah Wi Peng, 9, parah di badan dan dirawat di Hospital Taping (HT).
Timbalan Ketua Polis daerah, Deputi Supritendan Wan Jamil Wan Chik berkata, kejadian itu berlaku apabila kereta Kia Spectra dipandu Syed Azmi terbabas ke kanan jalan.
Menurutnya, kenderaan itu kemudian bertembung dengan kereta Perodua Myvi yang dipandu oleh Beng Oun.

Sumber: Utusan Malaysia Online, 1/1/2011

1 ulasan:

  1. Gambar di atas adalah benar.Namun, fakta dalam berita tersebut mempunyai kecacatan.Sila kaji sumber yang lebih sahih.terima kasih. =)

    BalasPadam