PILIHANKU

TAJAAN

08 Ogos 2010

RUMAH TANGGA RAJA AZURA: APA KOMEN JOYAH...?

Apa jadi rumah tangga Kak Engku?



Benarkah rumah tangga Kak Engku berantakan? Eh... Biar betul? Sebelum ini Joyah sendiri ada mendengar cerita tersebut tapi bila keluar muka depan kebanyakan akhbar, lebih terkejut jadinya.
Heboh satu Malaysia yang mengatakan Kak Engku sudah memfailkan permohonan berkaitan dengan perkahwinan mereka di Mahkamah Rendah Syariah, Shah Alam baru baru ini.
Tapi apa yang difailkannya tak pula Joyah tahu. Kalau nak kata cerai, nanti Kak Engku saman Joyah pula. Dengan Kak Engku jangan buat main-main tau, dia ni tak hipokrit orangnya, nanti kena sembur, takutlah adik Joyah.
Dan tidak membiarkan cakap-cakap orang memburuk, kelmarin dalam sidang media, Kak Engku bagitahu dia memang ke mahkamah tetapi bukan atas urusan cerai.
“Saya memilih ke mahkamah untuk mendapatkan khidmat nasihat dan kaunseling. Setiap perkahwinan ada masalah tetapi kita kena selesaikan dengan cara baik, kami sedang berusaha,” katanya.
Okeylah tu Kak Engku. Semoga masih ada sinar untuk rumah tangga anda bersama dengan Adzmin Osman. Kalau boleh selesai cara baik lebih elok, tanpa perlu bercerai berai. Sejak berkahwin pada 2001, dah ada anak tiga dah, jadi masing-masing kena fikir tentang masa depan anak-anak juga.

Sumber: Utusan Malaysia Online, 8/8/2010

Tiada ulasan:

Catat Ulasan