PILIHANKU

TAJAAN

08 September 2010

SOSILAWATI: POLIS ADA PETUNJUK...?


KPN yakin Sosilawati, tiga individu masih dalam negara


SHAH ALAM: Polis percaya jutawan dan pengasas produk kosmetik Nouvelle Visages, Datuk Sosilawati Lawiya serta tiga individu yang dilaporkan hilang bersamanya sejak 30 Ogos lalu, masih berada di dalam negara.


“Kita ada maklumat tertentu. Insya-Allah kita akan dapat jumpa mereka," 
katanya pada sidang media selepas menghadiri perbarisan di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Selangor di sini, semalam, sempena persaraan beliau 12 September ini.

Musa bagaimanapun berkata, maklumat itu tidak boleh didedahkan kerana ia mungkin membahayakan nyawa mereka.
Beliau diminta mengulas perkembangan terkini berhubung kehilangan Sosilawati, 47, serta peguamnya Ahmad Kamil Abdul Karim, 32, pemandu peribadinya, Kamarudin Shansudin, 47 dan pegawai CIMB Bank Norhisham Mohammad, 38.
Sosilawati yang juga bekas isteri penyanyi Nash, dilaporkan hilang selepas keluar bersama tiga individu terbabit dipercayai untuk menjalankan urusan pembelian tanah di Banting.

Sumber: Berita Harian Online, 8/9/2010

Tiada ulasan:

Catat Ulasan