IPOH: Empat orang penuntut Maktab Perguruan Sultan Mizan, Besut terbunuh apabila kereta yang mereka naiki terbabit dalam kemalangan dengan sebuah kereta lain di Kilometer 12 Lebuh Raya Timur Barat dekat Gerik semalam.
Mereka terdiri Joseph Phuah, 19, dari Sungai Bakap, Pulau Pinang, Yap Sin Wei, 20, berasal dari Seberang Perai, Pulau Pinang, Goh Shu Win, 19, dari Butterworth, Pulau Pinang dan M Iniyan, 19 dari Taiping.
Ketua Polis Trafik Perak, Supt Wan Abdullah Ishak, berkata bahawa dalam nahas yang berlaku pada jam 4.30 petang itu, Yap dan Iniyan mati di tempat kejadian manakala Phuah meninggal dunia di Hospital Gerik pada 8 malam tadi dan Goh meninggal dunia di Hospital Taiping pada jam 5 pagi tadi.
Sumber: Berita Harian Online, 11/3/2011
Tiada ulasan:
Catat Ulasan