PILIHANKU

TAJAAN

29 Julai 2010

JALA MAS....enak...?

Jala mas

Dari Wikipedia Bahasa Melayu, ensiklopedia bebas.



Kuih jala mas merupakan sejenis hidangan kuih tradisional Melayu Kelantan yang lemak manis yang dihasilkan dengan menggunakan kuning telur yang dimasak di dalam air gula, sama seperti kuih mas sejemput, tetapi mempunyai cara penyediaan dan rupa yang berbeza.
Kuih jala mas disediakan dengan kuning telur yang diurai ke dalam air gula yang menggelegak. Selepas beberapa lama apabila masak, adunan itu diangkat dan kemudiannya ditompokkan pada bahagian kecil atau juga boleh diletak begitu sahaja dalam bekas.
Kuih jala mas mempunyai bentuk yang berjurai seperti mi halus. Biasanya hanya disediakan untuk perayaan istimewa seperti peminangan, perkahwinan dan lain-lain. Hal ini disebabkan cara membuatnya yang cerewek dan hanya menggunakan kuning telur menyebabkan kos yang tinggi. Pada kebiasaannya telur itik digunakan kerana  mempunyai saiz kuning telur yang lebih besar. Selain itu, jala mas biasanya dihasilkan bersama kuih tahi itik kerana untuk tidak membazir putih telur yang baki.

JALA MAS DAN TAHI ITIK....?

Sumber: Wikipedia.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan