PILIHANKU

TAJAAN

28 Julai 2010

NAHAS PESAWAT JERMAN...?

Pesawat kargo Jerman terbelah dua


GAMBAR menunjukkan sebuah pesawat kargo Lufthansa terbelah dua selepas terbakar di sebuah lapangan terbang di Riyadh semalam.


RIYADH - Sebuah pesawat kargo milik syarikat penerbangan Jerman, Lufthansa terbakar sebelum terbelah dua semasa melakukan pendaratan di ibu negara Arab Saudi, Riyadh semalam, kata seorang pegawai lapangan terbang, Fahd al-Hamoud.
Namun, juruterbang dan pembantunya, kedua-duanya ialah rakyat Jerman, dilaporkan hanya mengalami kecederaan ringan dan mereka dirawat di sebuah hospital tentera.
"Pesawat jenis MD-11 itu sudah menghampiri kawasan lapangan terbang apabila  terbakar sebelum beberapa buah enjin kapal terbang itu tidak berfungsi sebelum terhempas dan terbelah dua," kata Fahd.
Sumber: Kosmo! Online, 28/7/2010

Tiada ulasan:

Catat Ulasan